Wednesday, January 20, 2010

Hukumnya 'HARUS' sertai Facebook?


Macam-macam pendapat mengenai Facebook..jadi jom baca petikan ini oleh En. Zaharuddin Abd Rahman..tepuk dada tanya jiwa..

myMetro | Hukum sertai Facebook

Saturday, January 16, 2010

Nak Lepak Makan Mana??!! Perut lapar..sudah bosan makan dekat rumah dan gerai yang sama..takde idea nk lepak dengan member dan family..

Pernah atau tidak korang berasa seperti ini? Kalau pernah jom sama-sama kita berkongsi tempat-tempat mana menarik yang pernah korang lepak bersama keluarga, member, suami/isteri dan juga kekasih tercinta..

Korang juga boleh memberitahu kedai/gerai/restaurant/hotel mana yang tidak patut dikunjungi atau komen-komen yang boleh dijadikan panduan.

Nama kedai/gerai/restaurant/hotel:
Lokasi/Alamat:
Jenis makanan / masakan yang disediakan:

Purata (Range) harga:
Pendapat / Komen:
Berapa Bintang : 1 / 2 / 3 / 4 / 5 bintang

Dengan maklumat ini, boleh juga memberi sedikit-sebanyak idea untuk saya dan kawan-kawan lain membuat pilihan dan mencuba tempat-tempat yang baru untuk dikunjungi bila perut tengah berkoroncong...

Di sini saya hendak berkongsi beberapa kedai makan yang pernah saya kunjungi dan harap korang jugak boleh share dengan kitaorang tempat-tempat makan yang lain


Studio Cafe
ini dimiliki oleh Zahid AF..tempat die memang COOL sangat..konsep macam Hard Rock Cafe. Di dalam cafe ini terdapat banyak koleksi barang-barang artis yang di 'frame' dan menghiasi seluruh dinding.Antaranya selendang Yuna, jaket
Bob AF, dan juga gambar-gambar artis yang pernah performed kat situ seperti Noh Hujan dan ramai lagi..korang pergi la sana tengok sendiri ek.



Nama Kedai : Studio Cafe
Lokasi : No. 9, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link 53300 Kuala Lumpur (berdekatan dengan kedai makan Amy Search dan Carrefour Wangsa Maju)
Jenis makanan / masakan yang disediakan : Western dan Local ada..Saya dan hubby ordered

Hainan Chicken Rice (RM 7.90)

Nasi Goreng ZA8 (RM 10.90)

Air Suam (RM FREE)
Pendapat / Komen: Tempat yang cool untuk dating dan lepak dengan member ataupun family dan harganya dikategorikan tak mahal dan tak murah..kira standard la..sebab nasi goreng ZA8 tu portion besar manakala ayam untuk Hainan Chicken Rice tu memamg banyak dan berbaloi-baloi :)
Berapa Bintang? : Saya bagi 5 bintang





Naili's Place Ampang kalau tengok dari luar ingat kedai non-malay..tapi bile sudah masuk dan duduk baru nampak kedai ini diuruskan olah orang Melayu. Rasa bangga dalam diri tiba-tiba timbul. Iyelah orang Melayu pun boleh running food business yang ada class! Untuk maklumat lanjut mengenai kedai ini korang boleh melayari website rasmi mereka di http://www.naili'splace.com
Nama Kedai : Naili's Place Ampang
Lokasi : No. 39, Jalan Memanda 9, AMpang Point, Ampang Selangor
Jenis makanan / masakan yang disediakan : Western dan Local ada..Saya dan hubby ordered

Lasagna (RM 12.90)

Chicken Chop (RM 19.90)

air suam (RM0.50)
Pendapat / Komen: Tempat yang romantik dan cosy untuk lepak dengan member ataupun family dan harganya dikategorikan agak mahal (harga macam makan kat hotel/Planet Hollywood jek ) Chicken Chop die okla..tapi tak se'best' "HasRaz Western Food" dekat Water Front Ampang manakala Lasagna, saya lebih suka Domino's punya :)
Berapa Bintang? : Saya bagi 4 bintang




Sebut pasal HasrRaz WesternFood kat Waterfront Ampang, die punya chicken chop memang sedap dan best... environment memang okay. Harga pun okay..saya no comment dan kalau korang nak makan western food korang boleh la pergi sini.


Nama kedai: HasRaz Western Food

Lokasi: Waterfornt Ampang (Bersebelah dengan kedai Supermarket Save More)

Harga: Chicken Chop bawah (RM10 jek) Air Suam (RM FREE) makanan lain harga standard tak mahal dan tak murah

Pendapat/Komen: Satu je yang agak susah ke sini ialah..kalau anda terlepas simpang masuk ke Waterfront ini anda perlu membuat 'U-Turn' yang agak jauh

Berapa Bintang?: Saya bagi 5 bintang

Satu lagi..kalau korang nak rasa kelainan sket korang bolehla mencuba lepak kat PLANET HOLLYWOOD....makanan memamg best-best belaka..tak kurang jugak BORA OMBAK sebelah Sports Planet Ampang atau terbaru dikenali sebagai Arena Sang Suria (dekat je dengan Ampang Point) yang menyediakan makanan ala-ala Siam dan local..food yang best ialah Tom Yam dia fuuuhhhh melatop!


Kat Sri Hartamas pulak saya selalu makan dengan ofismate di SOULED OUT yang mempunyai berbagai jenis pilihan makanan yang sedap-sedap..range harga antara RM12-RM40..


Jadi...harap korang boleh beritahu kedai-kedai lain yang korang pernah lepak supaya saya dan kawan-kawan lain boleh pergi rasa jugak...