Tuesday, November 10, 2009

Maksiat..ade byk jenis

Baru je baca artikel dari Harian Metro hari nie..ade beberapa jenis maksiat yang boleh menyebabkan kita melakukan tindakan yang tidak rasional. Antara jenis maksiat tersebut adalah:

1) Maksiat mata ~ apabila kita gunakan mata utk melihat / menonton bahan lucah dan
haram


2) Maksiat telinga~ apabila digunakan telinga utk mendengar umpatan, fitnah dan
perkara yang mendatangkan dosa


3) Maksiat lidah ~ apabila bercakap benda2 yang tidak elok seperti mengumpat,
memfitnah dan seumpamanya


4) Maksiat tangan ~ seseorang yang suka mencuri, tidak amanah dan melakukan
perkara2 yang tidak elok / haram


5) Maksiat perut ~ apabila kita memakan benda yang haram

6) Maksiat faraj ~ melakukan hubungan kelamin secara haram dan diluar nikah

7) Maksiat kaki ~ apabila seseorang mengunjungi tempat2 maksiat

Antara maksiat2 di atas maksiat lidah dan telinga lah yang selalu dilakukan. samada sengaja atau tidak sengaja..huhuhuhu bila la nk bertaubat nie..apa yang mampu aku lakukan adalah aku cuba berdiam diri apabila berada dalam kumpulan org yang sedang mengumpat..dalam hati sentiasa beristighfar byk2..senyum je n say no comment is the best way aku boleh buat..

Banyaknye dosa aku..

Saturday, November 7, 2009

Kenapa kita dilanda masalah?


Sekadar hendak berkongsi pendapat dan luahan rasa....

Sebagai manusia biasa kita sering terlupa jika kita tidak diingatkan. Emak dan bapa selalu berpesan supaya selalu berbuat baik dan sentiasa berdoa kepada Allah jika inginkan sesuatu.
Tapi bila sudah dapat apa yang kita hajati..kita tidak berterima kasih kepada Allah dan sering lalai melakukan ibadat kepada Nya..bile dapat susah semula baru ingat balik kat Dia..itulah manusia.

Bagi aku masalah / dugaan / ujian adalah satu benda yang sangat positif..kerana bile aku ditimpa masalah aku akan berfikir semula apakah dosa / perkara / kesalahan yang telah aku lakukan..Alhamdulillah dengan dugaan yang ditempuhi aku sentiasa mengingatiNya..seronok sgt bile aku dapat beribadat dengan khusyuk sekali..bukan senang..kadang-kadang tengah solat pun boleh teringat perkara2 yang bukan2..maafkan aku Ya Allah

Aku cuba menjadi hamba Mu yang sempurna..aku takut bila hidup aku terlalu senang..aku takut jika hanya bersolat 5 waktu sahaja tanpa melakukan ibadat2 sunat..aku takut dengan solat2 aku yang tidak sempurna selama ini...aku takut bile rezeki..kesenangan..kebahgiaan..kegembiraan sekarang ditarik oleh Mu Ya Allah

...ingatkan lah aku sentiasa dengan dugaan2 Mu..tunjukkanlah jalan jika aku tersesat..ajar aku jika aku tidak tahu..kayakan lah aku dgn rezeki yang halal jika aku miskin..senangkanlah aku jika susah..ringankan tubuh badan ku untuk membuat ibadat2 sunat..dan mempelajari ilmu2 Mu

berilah aku rahmat Mu dan keredhaan Mu dalam setiap perkara yang aku lakukan..Ampunkan dosa2 aku, suamiku, ibubapa dan ibubapa mertua ku, keluarga dan saudara mara ku..sahabat2 serta semua muslimin dan muslimat di dunia ini..
AMIN..




Apabila Terlalu Banyak Tidur


Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Ini adalah kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada 3, iaitu 8 jam untuk beribadat dan taat kepada ALLAH, 8 jam mencari nafkah dan 8 jam untuk beristirehat dan tidur.

Jika seseorang itu tidur mulai jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi keesokannya dan disambung tidur dari 1 tengahari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika tidak terjaga sepanjang tempoh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.

Sikap terlalu mementingkan agama hingga melupakan kewajipan dan bertanggungjawab kita di dunia juga tidak baik.

Janganlah kita terlalu menyusahkan diri hingga tidak lekang dari sejadah berzikir dari pagi hingga tengahari kemudian disambung dari tengah malam hingga ke Subuh.

Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan Allah juga dianggap tercela. Sikap acuh tak acuh dan memandang mudah hukum dan tegahan dalam Islam menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.

Nasihat Rasullah S.A.W utk kita "Buatlah lima perkara sebelum datang lima perkara"
  • Peluang masa engkau muda sebelum tua
  • Masa engkau sihat sebelum sakit
  • Masa engkau kaya sebelum miskin
  • Masa engkau lapang sebelum (sibuk dengan) kerja
  • Masa engkau masih hidup sebelum mati
(Ilmu diambil dari "Cerita & Doa dari Hadis dan Al-Qran ~Wan Jamal Bin haji Wan Mar Saman. Gambar dari flickr Khae_276's photostream)