Sunday, November 20, 2011

Pavillion is shopping heavan!

Dah lama gile tak gi pavi. Sejak pregnant untill my baby dah berumur 4 months. Dulu pavi memang tempat favorite myself n hubby. selalu kitaorg park kete kat sebelah NOVOTEL. Dulu park kat situ RM4.oo jek but semalam dan pun RM 7.00!

Imagine from 1030 am until 3 pm we've spend time there.. luckily my baby tak meragam. she's been such a good girl...kalau cmnie boleh la mama bawa jalan selalu. Suka tempat baby kat situ...neat n clean..nk breastfeed pun senang. no need to share with other mummy.

Bawa adik gi sana, almaklumla budak sekolah baru dapat RM100 so nk shopping la...mmg penat giler berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Boleh dikatakan semua nye nak beli hahaha tu la perempuan..

Friday, November 18, 2011

Mid Valley Baby Fair November 2011


Expo yang ditungu-tunggu kini sudah tiba...before this pergi sana masa pregnant. Now dah ada baby and dah confirm baby girl! Apa lagi jom shopping!

Barang yang dah list dalam kepala nie....
1) Baby play mat (brand Parklon)
2) Baby walker
3) Baju tido mama...sbb skrg semua night skirt dah tak boleh pakai because susah nak breastfeed

Thursday, November 17, 2011

Lamanya tak berblog! Let's talk about my absent...

Hurmmm...dah terlupa bila kali terakihr saya berblog. Tetiber rasa ingin berblog...kini hidup saya lebih bahagia dengan kehadiran anak perempuan yang sentiasa menyerikan hidup...

For mom to be..maybe some of my experience you can use as a guidance. (Maybe only suitable for those mummy yang nak refer to government clinic)

This is my first scan. Melihat denyutan jantung di screen merupakan saat yang paling indah. Terasa sangat syukur ke hadrat illahi kerana memberikan rezeki anak yang memang dinanti hampir setahun lebih. Memang tak faham apabila tgk scan nie tapi sudah tercatit my EDD is on 17 July 2011 (' v ').
Untuk bulan berikutnya barulah nampak my lil' baby figure

Still same Edd dated 17 July 2011.
Both scan i did at Ampang Hospital. Paid only RM 5 each time i went there...I wonder how much if i go to private. Anyone outside there can tell me how much you've been charge for ultrasound?

The next step is to get your pink book !

Ini rupa buku pink yang dah umur lebih dari 8 bulan hehehe..

To get your pink book, you kena go to the nearest Klinik Kesihatan. Like mine, i went to Klinik Kesihatan Ampang yang terletak di Pekan Ampang.

Item yang diperlukan before open buku pink are:

1) 2 salinan sijil nikah
2)2 salinan kad pengenalan isteri
3)2 salinan kad pengenalan suami
4) gambar berukuran paspost suami dan isteri (2 keping setiap seorang)

*Item 1 bawa original

Mengikut pengalaman semasa mendapatkan perkhidmatan di sana, semua pegawai kesihatan yang bertugas adalah peramah dan cukup berpengalaman. Apa je masalah yang kita hadapi bolehla ajukan kepada mereka. Mereka akan memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan sebagai ibu mengandung..lebih2 lagi bagi ibu yang pertama kali pregnant macam saya.

Di klinik kerajaan memang la ramai orang, tapi pegawai kesihatan pun ramai. So takde la kena tunggu sampai berjam-jam..dalam sejam lebih semuanya beres..! Ada gak tanya member yang gi Ampang Puteri for check up, dia kata kena tunggu sejam gak untuk wat check up.. :) tempat lain tak sure camne.
Some of the things yang akan dibuat for monthly check up are:-

1) Buat Urine test
2) Check berat badan
3) Check tekanan darah / BP
4) Tinggi Rahim
5) Kedudukan Janin
6) Jantung / Gerak janin
7) Check paras gula (eee nila part yang paling tak suka uweekk kena minum air gula yang sangat manis!!!)
8) Kalau ada kes baru kena jumpa doktor...

Alhamdulillah sepanjang mengandung takde ape-ape masalah...

Below is my precious diamond picture...insyaAllah next time i'll write about my pregnancy life.


***Gambar Farihah yang baru beberapa minit dilahirkan 20 July 2011***


Assalammualaikum




Wednesday, January 20, 2010

Hukumnya 'HARUS' sertai Facebook?


Macam-macam pendapat mengenai Facebook..jadi jom baca petikan ini oleh En. Zaharuddin Abd Rahman..tepuk dada tanya jiwa..

myMetro | Hukum sertai Facebook

Saturday, January 16, 2010

Nak Lepak Makan Mana??!! Perut lapar..sudah bosan makan dekat rumah dan gerai yang sama..takde idea nk lepak dengan member dan family..

Pernah atau tidak korang berasa seperti ini? Kalau pernah jom sama-sama kita berkongsi tempat-tempat mana menarik yang pernah korang lepak bersama keluarga, member, suami/isteri dan juga kekasih tercinta..

Korang juga boleh memberitahu kedai/gerai/restaurant/hotel mana yang tidak patut dikunjungi atau komen-komen yang boleh dijadikan panduan.

Nama kedai/gerai/restaurant/hotel:
Lokasi/Alamat:
Jenis makanan / masakan yang disediakan:

Purata (Range) harga:
Pendapat / Komen:
Berapa Bintang : 1 / 2 / 3 / 4 / 5 bintang

Dengan maklumat ini, boleh juga memberi sedikit-sebanyak idea untuk saya dan kawan-kawan lain membuat pilihan dan mencuba tempat-tempat yang baru untuk dikunjungi bila perut tengah berkoroncong...

Di sini saya hendak berkongsi beberapa kedai makan yang pernah saya kunjungi dan harap korang jugak boleh share dengan kitaorang tempat-tempat makan yang lain


Studio Cafe
ini dimiliki oleh Zahid AF..tempat die memang COOL sangat..konsep macam Hard Rock Cafe. Di dalam cafe ini terdapat banyak koleksi barang-barang artis yang di 'frame' dan menghiasi seluruh dinding.Antaranya selendang Yuna, jaket
Bob AF, dan juga gambar-gambar artis yang pernah performed kat situ seperti Noh Hujan dan ramai lagi..korang pergi la sana tengok sendiri ek.



Nama Kedai : Studio Cafe
Lokasi : No. 9, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link 53300 Kuala Lumpur (berdekatan dengan kedai makan Amy Search dan Carrefour Wangsa Maju)
Jenis makanan / masakan yang disediakan : Western dan Local ada..Saya dan hubby ordered

Hainan Chicken Rice (RM 7.90)

Nasi Goreng ZA8 (RM 10.90)

Air Suam (RM FREE)
Pendapat / Komen: Tempat yang cool untuk dating dan lepak dengan member ataupun family dan harganya dikategorikan tak mahal dan tak murah..kira standard la..sebab nasi goreng ZA8 tu portion besar manakala ayam untuk Hainan Chicken Rice tu memamg banyak dan berbaloi-baloi :)
Berapa Bintang? : Saya bagi 5 bintang





Naili's Place Ampang kalau tengok dari luar ingat kedai non-malay..tapi bile sudah masuk dan duduk baru nampak kedai ini diuruskan olah orang Melayu. Rasa bangga dalam diri tiba-tiba timbul. Iyelah orang Melayu pun boleh running food business yang ada class! Untuk maklumat lanjut mengenai kedai ini korang boleh melayari website rasmi mereka di http://www.naili'splace.com
Nama Kedai : Naili's Place Ampang
Lokasi : No. 39, Jalan Memanda 9, AMpang Point, Ampang Selangor
Jenis makanan / masakan yang disediakan : Western dan Local ada..Saya dan hubby ordered

Lasagna (RM 12.90)

Chicken Chop (RM 19.90)

air suam (RM0.50)
Pendapat / Komen: Tempat yang romantik dan cosy untuk lepak dengan member ataupun family dan harganya dikategorikan agak mahal (harga macam makan kat hotel/Planet Hollywood jek ) Chicken Chop die okla..tapi tak se'best' "HasRaz Western Food" dekat Water Front Ampang manakala Lasagna, saya lebih suka Domino's punya :)
Berapa Bintang? : Saya bagi 4 bintang




Sebut pasal HasrRaz WesternFood kat Waterfront Ampang, die punya chicken chop memang sedap dan best... environment memang okay. Harga pun okay..saya no comment dan kalau korang nak makan western food korang boleh la pergi sini.


Nama kedai: HasRaz Western Food

Lokasi: Waterfornt Ampang (Bersebelah dengan kedai Supermarket Save More)

Harga: Chicken Chop bawah (RM10 jek) Air Suam (RM FREE) makanan lain harga standard tak mahal dan tak murah

Pendapat/Komen: Satu je yang agak susah ke sini ialah..kalau anda terlepas simpang masuk ke Waterfront ini anda perlu membuat 'U-Turn' yang agak jauh

Berapa Bintang?: Saya bagi 5 bintang

Satu lagi..kalau korang nak rasa kelainan sket korang bolehla mencuba lepak kat PLANET HOLLYWOOD....makanan memamg best-best belaka..tak kurang jugak BORA OMBAK sebelah Sports Planet Ampang atau terbaru dikenali sebagai Arena Sang Suria (dekat je dengan Ampang Point) yang menyediakan makanan ala-ala Siam dan local..food yang best ialah Tom Yam dia fuuuhhhh melatop!


Kat Sri Hartamas pulak saya selalu makan dengan ofismate di SOULED OUT yang mempunyai berbagai jenis pilihan makanan yang sedap-sedap..range harga antara RM12-RM40..


Jadi...harap korang boleh beritahu kedai-kedai lain yang korang pernah lepak supaya saya dan kawan-kawan lain boleh pergi rasa jugak...



Tuesday, November 10, 2009

Maksiat..ade byk jenis

Baru je baca artikel dari Harian Metro hari nie..ade beberapa jenis maksiat yang boleh menyebabkan kita melakukan tindakan yang tidak rasional. Antara jenis maksiat tersebut adalah:

1) Maksiat mata ~ apabila kita gunakan mata utk melihat / menonton bahan lucah dan
haram


2) Maksiat telinga~ apabila digunakan telinga utk mendengar umpatan, fitnah dan
perkara yang mendatangkan dosa


3) Maksiat lidah ~ apabila bercakap benda2 yang tidak elok seperti mengumpat,
memfitnah dan seumpamanya


4) Maksiat tangan ~ seseorang yang suka mencuri, tidak amanah dan melakukan
perkara2 yang tidak elok / haram


5) Maksiat perut ~ apabila kita memakan benda yang haram

6) Maksiat faraj ~ melakukan hubungan kelamin secara haram dan diluar nikah

7) Maksiat kaki ~ apabila seseorang mengunjungi tempat2 maksiat

Antara maksiat2 di atas maksiat lidah dan telinga lah yang selalu dilakukan. samada sengaja atau tidak sengaja..huhuhuhu bila la nk bertaubat nie..apa yang mampu aku lakukan adalah aku cuba berdiam diri apabila berada dalam kumpulan org yang sedang mengumpat..dalam hati sentiasa beristighfar byk2..senyum je n say no comment is the best way aku boleh buat..

Banyaknye dosa aku..

Saturday, November 7, 2009

Kenapa kita dilanda masalah?


Sekadar hendak berkongsi pendapat dan luahan rasa....

Sebagai manusia biasa kita sering terlupa jika kita tidak diingatkan. Emak dan bapa selalu berpesan supaya selalu berbuat baik dan sentiasa berdoa kepada Allah jika inginkan sesuatu.
Tapi bila sudah dapat apa yang kita hajati..kita tidak berterima kasih kepada Allah dan sering lalai melakukan ibadat kepada Nya..bile dapat susah semula baru ingat balik kat Dia..itulah manusia.

Bagi aku masalah / dugaan / ujian adalah satu benda yang sangat positif..kerana bile aku ditimpa masalah aku akan berfikir semula apakah dosa / perkara / kesalahan yang telah aku lakukan..Alhamdulillah dengan dugaan yang ditempuhi aku sentiasa mengingatiNya..seronok sgt bile aku dapat beribadat dengan khusyuk sekali..bukan senang..kadang-kadang tengah solat pun boleh teringat perkara2 yang bukan2..maafkan aku Ya Allah

Aku cuba menjadi hamba Mu yang sempurna..aku takut bila hidup aku terlalu senang..aku takut jika hanya bersolat 5 waktu sahaja tanpa melakukan ibadat2 sunat..aku takut dengan solat2 aku yang tidak sempurna selama ini...aku takut bile rezeki..kesenangan..kebahgiaan..kegembiraan sekarang ditarik oleh Mu Ya Allah

...ingatkan lah aku sentiasa dengan dugaan2 Mu..tunjukkanlah jalan jika aku tersesat..ajar aku jika aku tidak tahu..kayakan lah aku dgn rezeki yang halal jika aku miskin..senangkanlah aku jika susah..ringankan tubuh badan ku untuk membuat ibadat2 sunat..dan mempelajari ilmu2 Mu

berilah aku rahmat Mu dan keredhaan Mu dalam setiap perkara yang aku lakukan..Ampunkan dosa2 aku, suamiku, ibubapa dan ibubapa mertua ku, keluarga dan saudara mara ku..sahabat2 serta semua muslimin dan muslimat di dunia ini..
AMIN..